Search
Search
Review Homestay | Naurah Homestay

Review Homestay | Naurah Homestay

REVIEW NAURAH HOMESTAY

Hi guys. Saya bukan nak review tentang hotel. Tapi nak share review tentang Naurah homestay/chalet di Beranang, Selangor.

Disebabkan masih tidak boleh rentas negeri lagi. Maka kita jalan² area Selangor je la 🤭

Check in September 2021.

Naurah Homestay ni tersangatlah luas. Ada 3 buah chalet. 1 chalet muat utk 4 hingga 6 org. Untuk family kecil aku ni jadi aku booked 1 unit je la. 1 chalet ade 2 pintu masuk (kiri dan kanan) kat tengah² ada pintu untuk joint ke bathroom dan toilet. 1 bilik 1 queen bed dan bilik budak² kat sebelah pun 1 queen bed jugak. Tapi tetap disediakan extra tilam dan bantal untuk setiap bilik.

Bathroom memang clean dan wangi. Ada bathtub. Tepi bathub ada kolam ikan. Best! Kau boleh bukak tingkap dan nak capai ikan² dalam kolam tu pun boleh. Haha tapi kitorang tak buat la macam tu.😅

Living room luas dan lapang. Ada library kat loteng. Ada bilik bacaan yang sangat cantik dan selesa. Cuma TV dapat siaran asas sahaja. Tak ada astro. Line internet Maxis okay. Line lain sendu sikit.

Dapur sangatlah tiptop. Semua equipment memasak memang ada. Peti ais, penapis air sejuk, panas semua ada. Rice cooker, blender, kuali, pinggan mangkuk, cawan semua² ada. Tinggal nak bawak bahan memasak je la. Yang lain semua lengkap.

Swimming pool yang besar. Kalau kids kena pakai pelampung sebab swimming pool ni 4ft. (dah update: tadi letak 4m..hahah pengsan la nak🤪)

Dekat dengan swimming pool ade tempat lepak² untuk bbq dan bakar pizza. Kalau nak bbq kena bawak arang dan bahan² nak membakar je la. Biasenya yang menjadi tarikan kat sini ialah crunchy pizza. Dorang akan sediakan dough, RM 20 for 3 pcs. Kita cuma beli topping je.

Kat sini ada kolam memancing. Ada jugak taman boleh jalan². Semua dalam 1 kawasan homestay. Sangatlah luas.

Ade jugak itik. Budak² mcm anak² aku siap main kejar² dengan itik lagi. Haha fun! Ada 2 ekor kucing gebu jugak. Sekor nama Cheese. sekor lagi nama Pepper. Kucing gebu tau. Cuma tak sempat nak ambil gambar cheese & pepper 😅

Yang paling best sekali, bila kami dah booked datang hanya 1 family kecil 1 bilik 6 pax saja. Dorang dah tutup untuk orang lain. Maksudnya 1 group saja tak campur group lain. Sangat privacy kan.

Naurah Homestay terletak di Beranang, Selangor. 10 minit daripada Tol Exit Bandar Sri Putra/Bandar Mahkota. Tak jauh daripada pekan pun dan Grabfood boleh access kat kawasan ni.

Harga homestay satu mlm:

1 Chalet weekdays : RM 550

Weekends : RM 680

Kalau family package : 2 chalet weekdays RM1K, weekends RM 1.2K (8-12pax)

3 Chalet weekdays : RM1.5K

Weekends : RM 1.8K (12-18pax)

Kalau lebih pax. Boleh discuss dengan Pengurus Homestay. Maksimum kat sini ialah 24pax.

Memang puas hati dengan Naurah Homestay. Keseluruhan boleh bagi 9/10

Saya kongsikan gambar² terkini semasa di Homestay.

FB : Naurah Homestay/chalet or IG Naurah_homestay

Contact number 0172350464 (Nora)

Penulis: Siti Rohani Mohamed
Sumber: Group Hotel Review Malaysia