Search
Search
Review Homestay | Rumah Bendang

Review Homestay | Rumah Bendang

REVIEW RUMAH BENDANG

First time nak post dalam group ni. Harap membantu dan berfaedah ๐Ÿ˜Š
Maaf penulisan agak berterabur. Tak tau nak susun macam mana ๐Ÿ˜…

Percutian kali ni dari Klang ke Sabak Bernam. Dibawah saya listkan itinerary dan plan untuk 2 hari 1 malam yang sempat saya buat.

Nama homestay : Rumah Bendang, Sungai Besar

Alamat : Parit 4, Jalan Terusan Utama, Kampung Sungai Haji Durani, 45300 Sungai Besar, Selangor

Tarikh stay : 21/10/2021-22/10/2021

Musim : Sawah tengah menghijau. Cantik sangat!

Harga rumah : Triangle cottage 1 tingkat RM120 & triangle cottage 2 tingkat RM180 (details dan harga rumah boleh click link ni https://wa.me/c/60176090248 )

Ada 2 buah 1 tingkat, 2 buah 2 tingkat. Percutian kali ni kami book semua 4 buah. Jadinya, area triangle cottage tu kami yang punya ๐Ÿ˜

Deposit RM50 setiap satu rumah. Proses check in smooth. Tapi kami masuk lambat sebab leka pergi makan di Jeram dan ambil gambar di sawah. Proses check out lambat sikit sebab dia nak check rumah semua dulu sebelum pulangkan deposit.

Petang tu terus buat aktiviti berbasikal dan ATV. Ada basikal yang percuma cuma nasib dengan kondisinya. Basikal yang elok berbayar. ATV pula 1/2jam RM30, 1 jam RM50 tapi masa saya pergi ada 1 je yang elok. Kalau banyak, lagi syok.

Waktu tengah hari dan petang, matahari tak menghadap rumah triangle. So tak panas dan tak terik. Redup redup dengan angin sepoi sepoi bahasa.

Dalam rumah, semuanya okay. Kebersihan terjaga dan teratur. Waktu siang agak bahang dalam rumah sebab baru nak on aircond. Waktu malam memang menggigil. Selimut pulak jenis macam selimut hospital yang berlubang lubang tu. Setiap rumah disediakan toto extra.

Bagi rumah triangle cottage 2 tingkat, tingkat atas tu sangat lah tak disarankan untuk orang yang berumur. Sebab tangga dia terlalu curam dan halus! Silap langkah boleh berguling guling ๐Ÿ˜‚ tapi view dari atas memang cantik! Siap ada meja dan kerusi untuk bersantai di beranda ๐Ÿ˜

Kemudahan bbq disediakan di setiap tepi rumah. Pondok untuk bersantai pun disediakan. Tepi rumah ada buaian. Depan rumah ada kolam kecil yang berisi ikan keli. Belakang rumah ada tali air. Sempat lah rendam kaki dan badan. Jangan risau, air bersih dan longkang tu pun selfmade rasanya.

Kemudahan awam, ada kolam mandi kecil untuk budak budak. Ada kat rumah depan sekali, kat pintu masuk. Kami tak pergi sebab sibuk berendam dalam tali air ๐Ÿ˜…

Itinerary dari Klang-Sabak Bernam

*Khamis 21/10/2021*

1) Mye warung (celup tepung paling sedap dan murah)

2) Pasar Jerami Sungai Besar (port ootd)

3) Laman Tebu Aidil (1 minit dari homestay)

4) Restoran D’Neny Corner (makan malam sedap sangat!!!)

*Jumaat 22/10/2021*

1) Roti canai kari kambing (call je. Runner hantar ke homestay)

2) Restoran Kuala Kurau (mi goreng mamak, kuey teow goreng, cucur udang terbaik)

3) Menuju ke Menara Condong Teluk Intan (1 jam perjalanan) – pulang ke Klang selepas bergambar

4) Singgah ke MHP Enterprise (Wisma Masri borong kerepek)

5) Ah Ma House (barang legend)

6) Paddy Gallery (proses pembuatan beras)

7) Singgah ke Bukit Malawati tengok monyet

๐Ÿ˜Ž Soto Sungai Serdang (soto terbaik)

Penulis: Dora Dini
Sumber:ย Group Hotel Review Malaysia