Search
Search
Review Homestay | D’Bayu Impian Housetay

Review Homestay | D’Bayu Impian Housetay

📍 D’BAYU IMPIAN HOUSESTAY, SG BESAR SELANGOR

D’Bayu Impian Housestay

Date: 15 & 16 October 2022

Range harga : Villa 4 bilik (RM550), Homestay 2 bilik (RM180 – RM210), Chalet unit (RM80 – RM180)

Deposit – RM50

Assalam, nak review housestay yang cantik, kemas, luas dan selesa. Baru baru ni last minit buat family days dalam masa 2 minggu cari, Alhamdulillah ada kekosongan dekat sini yang memuatkan lebih kurang 40 orang family saya termasuk kanak2.

Ni unit rumah 2 bilik, tangga agak curam tapi disediakan penghadang dan ada 2 pintu masuk dr bawah, satu dr depan rumah, satu lagi dari gazebo tepi ruang untuk BBQ. Untuk rumah 2 bilik cuma unit ni saja unik macamni betul2 feeling rumah kampung lama 🥰

Proses check in sangat mudah, ada family saya yang datang awal, pihak housestay bagi check in setengah jam lebih awal, persekitaran housestay sangat bersih, besar dan tenang dengan suasana kampung. Swimming pool yang besar untuk dewasa dan kanak2 yang dibuka dari 8.30am ke 6.00pm sahaja.

Dekat situ juga ada cafe dan kedai serbaneka, kedai luar ambil masa lebih kurang 15 minit dari lokasi housestay. Tapi kami buat activity family jadi kami dah bawak makanan siap2, untuk breakfast and bbq jadi tiada masalah.

Sangat sesuai untuk family dengan jumlah yang ramai untuk menginap disini, ada banyak unit yang boleh dipilih mengikut kesesuaian capacity dengan harga yang juga pada sy berpatutan, kawasannya yang juga luas untuk buat family activities.

Selain tu, ada activity seperti memancing, mengagau yang mana kami tak sempat utk buat booking awal, naik buggy dan berbasikal perlu bayar asing. Agak dekat jugak dgn Laman Tebu Aidil.

Itu saja review saya, boleh direct contact housestay melalui whatsapp atau call jika berminat untuk menginap ya.

Sumber : Nadnod Nadia Noraini