Search
Search
Review Homestay | Asean Homestay

Review Homestay | Asean Homestay

REVIEW ASEAN HOMESTAY

Assalamualaikum dan salam sejahtera warga HRM ๐Ÿ˜

Kali ni nak review homestay tepi sawah. Dah banyak kali try booking tapi tak dapat2, asyik full. Dah rezeki, dapat juga akhirnya.

Lokasi : Asean Homestay, Sungai Besar, Selangor

Tarikh : 13/12/2021- 14/12/2021 ( 2D1N )

Tempahan melalui : Whatsapp terus dengan owner

No of pax : 2 dewasa 1 kanak-kanak

Room : Unit 2 bilik, 1 bilik air

Harga : RM200.00

Deposit : RM50

Check In ๐ŸŒŸ๐ŸŒŸ๐ŸŒŸ๐ŸŒŸ๐ŸŒŸ

*Self check-in, senang ya amat. Sehari sebelum check in, owner akan bagi nombor unit beserta dengan lokasi kunci rumah. Time saya check in, owner berada di luar kawasan, semuanya melalui whatsapp conversation. Senang sgt berurusan dgn owner, nanti dia juga akan share port2 menarik di sekitar homestay.

Check in time : 2.00pm

*Kami dah sampai awal di sekitar Sekinchan dan Sungai Besar, sempat la pi meronda cari makan. Pukul 3 lebih baru check in, mudah je cari guna waze.

Sampai je, terus check apa yg patut, nak pastikan condition rumah semua ok. Lepas belek semua sudut, sy jumpa ada satu lubang kat dinding salah satu bilik, terus snap gambar dan forward ke owner, owner kata dia pun tak perasan lubang tu. Nasib baik la bagitahu owner awal2, kita takut juga..nanti mcm2 pulak kena penalty. Nasihat saya, sesiapa yang check in chalet/homestay, pastikan snap semua gmbar (ruang tamu,bilik,dapur,bilik air) dan pastikan semua barang yang ada dlm rumah tu ok. Kalau ada yang tak ok, cepat2 alert owner, takut jadi macam2 hal nanti.

Dah setel aktiviti spot check, kami buat la apa yang patut, basuh pinggan mangkuk (tak kotor tapi dah terbiasa, nak pastikan semuanya bersih), sapu lantai, snap gambar sana sini. Lawa sungguh aihh tepi sawah ni.

Parking ๐ŸŒŸ๐ŸŒŸ๐ŸŒŸ๐ŸŒŸ๐ŸŒŸ๐ŸŒŸ
*Park terus depan homestay. Luas kawasan parking dia.

Bilik ๐ŸŒŸ๐ŸŒŸ๐ŸŒŸ๐ŸŒŸ๐ŸŒŸ
*Bersih ๐ŸŒŸ๐ŸŒŸ๐ŸŒŸ๐ŸŒŸ๐ŸŒŸ

*Lantai papan ada tikar getah. Memang look look rumah kampung betul. Port paling best kat dapur sebab padi tengah menghijau time tu.

*2 bilik besar, setiap bilik ada :
-1 katil queen
-Ampaian kain + sejadah
-Aircond
-2 helai selimut

Ruang tamu ada:
-tv
-iron
-meja makan jepun
-tudung saji
-kipas
-sofa

Dapur ada:
-peti sejuk
-bilik air/mandi tak ada air panas tapi ok je sebab dah biasa. Kita pun orang kampung juga โ˜บ๏ธ.
Bilik air/mandi bersih ๐ŸŒŸ๐ŸŒŸ๐ŸŒŸ๐ŸŒŸ๐ŸŒŸ
-Ada sabun mandi sahaja. Yang lain kena bawa sendiri.

Public Pool – tiada

Breakfast- tiada, kami pi ronda makan kat situ, byk port best, jgn risau bab makan.

Dinner – tapau juga dari restauran yang berdekatan

View dan kemudahan ๐ŸŒŸ๐ŸŒŸ๐ŸŒŸ๐ŸŒŸ๐ŸŒŸ

*Memang dok sebelah sawah, cun sesangat tapi tak banyak gambar sebab cuaca panas sangat.

*Ada basikal di setiap unit, free je, boleh bawak pusing2 homestay

*Gazebo di belakang homestay boleh lepaks sambil minum kopi

*Kolam ikan di belakang homestay, suami pi juga mancing tapi tak ada luck. Jiran sebelah unit ada juga dapat, tumpang happy pun cukup la.

Overall ๐ŸŒŸ๐ŸŒŸ๐ŸŒŸ๐ŸŒŸ

*Insyaallah ada rezeki boleh pi lagi tp kena tunggu time padi menghijau/menguning.

Terima kasih kepada owner yang baik sangat2.

Itu saja review ikhlas dari saya, kalau ada salah silap saya mohon maaf.

Penulis: Maiza Azlyn
Sumber: Group Hotel Review Malaysia