Search
Search
Review Homestay | D’Sawah Bendang Homestay

Review Homestay | D’Sawah Bendang Homestay

REVIEW D’SAWAH BENDANG HOMESTAY

Hi semua 😍😍😍

Ok..maaf ya arini saya bukan nak share pasal hotel. Tapi nak share review homestay yang kami pergi untuk 3h2m di Sabak Bernam, Sungai Besar. Tak lah jauh sangat. Dari KL dalam 2 jam macamtu lah. 😂

Bagi yang nak merasa back to nature dan suasana kampung yang macam kami tak ada kampung nih🤣🤣 boleh lah bawak anak-anak ke sini. Memang berbaloi.

Sorry coretan ni panjang. Tapi insyaallah berbaloi untuk korang kalau nak pergi sini nanti. Even untuk buat family gathering nanti. Kami pilih waktu padi belum tuai lagi. Baru dapat view yang cantik. Bagi yang nak merasa time menanam padi pun boleh.

Kami pilih untuk masak di sana. Sebab nak rasa ala-ala kampung makan bawa pokok kepala mengadap tepi sawah padi kan. Tak nak masak pun tak apa. Situ pun senang nk cari makan.

Waktu check in dekat sini jam 2.30pm. Tapi kalau tak ada orang, kita boleh check in awal. Kami check in pukul 12.30pm.

1st time pergi sini jadi kami booking rumah Semi-D no 6. Sesuai lah untuk kami 6 beranak. Ada 2 bilik + ada 1 tilam single boleh tidur di ruang tamu. Ada kitchen + 1 stove electrik/dapur gas. 1 bilik air. Rumah yang atas air adalah rumah semi-d, chalet dan rumah kecil.

Nak lagi best pilih rumah kecil single. Tapi haritu kami pergi dah full booked. Insyaallah untuk repeat next time akan ambik rumah kecil dan buat BBQ malam hari nya. Dan kalau nak buat family gathering boleh ambik rumah besar. 3-4 family boleh duduk skali. Kalau untuk keluarga yang besar boleh ambil rumah besar. Complete semua.

1st kami register macam biasa. pengurusan di sana memang terbaik. Owner pun bagus & peramah. Staff diaorg nama Dila akan bantu kita kalau perlu kan apa².

Korang boleh booked basikal awal untuk anak-anak main waktu pagi & petang. Better ambil untuk harian bukan jam. Bagi yang nak anak merasa memancing ikan di kolam & di sawah booked siap² joran. 2 joran + 1 bungkus umpan RM10 je. Air kelapa fresh dari pokok 2 biji RM5.

Dan bagi family yg besar korang boleh bawa carrom, chess dan lain² utk aktiviti tambahan.

Bila dah sampai di sana. Korang wajib kena pergi Laman Tebu Aidil. Buka jam 2.30pm – 7.30pm. Boleh bergambar di situ. Jangan pergi lewat sangat sebab makanan dia cepat habis. Menu makan petang dia sempoi je tapiiiii bila masuk kat tekak tu shedapppp dan murah. Ada laksa, nasi impit, nasi lemak, air tebu dan macam² lagi lah.

Kalau yang jenis suka berjalan & bergambar boleh singgah dekat pasar jerami sekali. Nanti korang boleh google je.

Dah habis bercuti dekat sini otw nak balik boleh singgah Sekinchan untuk makan tengah hari ataupun singgah Jeram.

Ok.. Review selebihnya kita tengok gambar² dan aktiviti di bawah ok. Baru korang akan dapat gambaran & boleh plan nak buat apa sebelum pergi nanti.

Nama tempat : D’sawah Bendang Homestay

Sebelum datang kena booking dulu : 011-52517879

Semi-D : RM180/per night.

Harga rumah² lain boleh tengok page diaorg.

Joran : 2 batang + umpan = RM10

Basikal : Single RM5/jam

Basikal : Double & baby RM10/jam.

Penulis: Fie Alan
Sumber: Group Hotel Review Malaysia