Search
Search
Review Homestay | GekQ Inn Homestay

Review Homestay | GekQ Inn Homestay

REVIEW GekQ Inn Langkawi

Harga untuk semalam RM90-100 (depend pada musim)

Kami stay 4hari 3malam 10/11-13/11 haritu.

Hai untuk yang nak ke Pulau Langkawi sis suggestkan korang stay kat sini. Harga murah dan berbaloi 👍👍👍

Bilik ⭐️⭐️⭐️⭐️⭐️

Bilik yang bersih dan selesa, even uols ramai boleh request extra toto (ada caj untuk basuh). But bantal no worry free of charge. Aircond dia sejuk wey memang lena tido. Ada tv dan kettle air untuk korang bancuh air sambil layan movie. Atau korang boleh lepak dekat luar bilik ada balcony sambil hirup udara malam di Langkawi.

Bilik air ⭐️⭐️⭐️⭐️

Bilik air bersih dan ada air panas lagi tau. Cuma tak ada toiletteries ja but ada towel. Yang tuh korang tak payah nak berat beg bawa tuala dah.

Pantry ⭐️⭐️⭐️⭐️

Pantry dia baru siap, memang bersih dan kemas. Korang boleh la kalau nak masak or panaskan makanan kan. Ada Coway jugak dan alatan memasak. Kalau yang jenis family ramai nak jimat boleh masak before keluar jalan2.

Kemudahan ⭐️⭐️⭐️

Homestay ni dalam 5-10minit (by car) ja dari pantai cenang, airport dan beras terbakar. Korang boleh park keta dalam kawasan chalet. Dekat dengan stesen minyak, dobi, kedai makan dan farmasi. Cumanya setakat sekarang masih tak ada swimming pool.

📍Homestay terletak di Chandek Kura, lebih tenang dan elak sesak di Pantai Chenang. Belakang hotel My Angkasa.

Selain itu korang boleh minta owner carikan kereta sewa atau pakej pusing Pulau Langkawi. Kalau korang nak main jetski , parasailing pun boleh sebab diorang ada buat jugak.

Overall memang terbaik dan memuaskan hati. Berbaloi dengan servis dan harga 👍👍👍

Penulis: AYeen YEen
Sumber: Group Hotel Review Malaysia