Search
Search
Review Homestay | JAZ Home Suites

Review Homestay | JAZ Home Suites

Pada mulanya nyaris nak menempah satu homestay yang nampak menarik & harga berpatutan di Genting. Tapi bila baca review di group ni ada yang tulis unit di bawah pengurusan company xxx ni tidak mementingkan kebersihan.

Terima kasih banyak2 kepada semua ahli yang rajin menulis & berkongsi pro n cons hotel / homestay di mana sahaja untuk rujukan kita bersama.

Bila dah study semua review ; kami bersyukur akhirnya berjaya membuat pilihan yang tepat berdasarkan bajet kemampuan sendiri.

Genting Premium Suite Windmill Upon Hills by JAz Home Suites

C-in – 4 Ogos 2022

C-out – 6 Ogos 2022

Tempahan melalui booking.com RM522 untuk 3 hari 2 malam. Apartment 2 bilik tidur dengan ruang tamu & 2 tandas sangat selesa untuk kami 3 dewasa & 2 kanak-kanak.

Berkenan nak book sini sebab tengok unit ini menyediakan mesin basuh. Satu kebahagian kepada mak2 bila balik bercuti tak perlu fikir pasal laundry. Malam sebelum tidur; baju kotor semua masuk mesin esok pagi dah kering siap boleh pakai balik atau lipat masuk beg.

Memang tak mengecewakanlah apa yang kita lihat pada gambar iklan itulah yang kita nikmati bila check in kat sini. Sangat berpuas hati dengan kebersihan semua ruang terutamanya sekali tandas. Ada kemudahan wifi, tv flat skrin dengan pelbagai pilihan saluran.

Lepas booking & bayar deposit owner akan wassap link youtube kaedah self check in yang sangat mudah. Hanya pergi pick up kunci di ruangan mail box di lobi kemudian video seterusnya tunjuk cara nak ke parking dan ambik lif ke unit masing-masing.

Mudah access masuk. Mudah parking. Lif banyak tak perlu tunggu lama. Lokasi pun bagus berdekatan dengan kedai-kedai makan, kedai runcit etc. Nak ke GPO & naik kereta kabel pun dalam 10 minit je.

Penginapan terbaik. Bilik2 bersih, selesa, katil yang empuk serta serta disajikan dengan view bukit yang cantik dari balkoni. Pemandangan di rooftop pun sangatlah mabeles untuk peminat OOTD

Memang berbaloi & murah. Walaupun apartment dia level 20 je tapi cantik, bersih & tenang. Kain telekung solat pun ada disediakan selain tuala, hairdryer, water heater dan mandian serta shampoo yang sangat wangi.

Anak2 seronok main swimming pool suhu airnya suam; berenang sampai malam pon rileks je. Lokasi kolam di level 40 tersangatlah cantik biru mata memandang air & pemandangan langit sekeliling.

Nak masak tak ada masalah sebab peti ais, kelengkapan asas dapur & microwave pinggan mangkuk semua disediakan.

Syaratnya sebelum balik kena cuci bersih dulu kalau tak nanti dikenakan denda RM50.

Swiss Garden GH pun sebenarnya beroperasi dalam bangunan yang sama cuma kaedah hiasan & harga berlainan lah dah taraf hotel. Tapi untuk view rooftop,kolam renang,sauna,taman permainan etc semuanya sama je dengan homestay kami dan homestay di bawah pengurusan lain.

Kami sangat berpuas hati dengan penginapan ini boleh kasi 5 bintang dengan harga ikut kemampuan & kemudahan yang kita perolehi.

Windmill Upon Hills by JAz Home Suites

(Waze)

https://waze.com/ul/hw2877br2n

(Google Map)

https://maps.app.goo.gl/NdMyrknd2MTK2GMc9

*Address: Jalan Permai, Genting Permai Avenue, 69000 Genting Highlands, Pahang.*

Penulis: Edayu Rashid
Sumber: Group Hotel Review Malaysia