Search
Search
Review Homestay | Kenanga Villa

Review Homestay | Kenanga Villa

REVIEW KENANGA VILLA

Family Day di Kenanga Villa, Janda Baik.

Date: 5/6/2022 – 8/6/2022.

Price RM2500/night.

Kami 4 keluarga dan ibu mentua.

Max sini 20pax.

Ada 6 bilik.

Setiap bilik ada 2 katil berbeza2. Boleh tengok pada gambar.

Ada 4 bilik air.

Bilik dan ruang tamu berasingan.

Di ruang tamu ada set karaoke.

Line tak ada langsung kat sini, tapi boleh guna wifi. Memang betul2 tempat untuk berehat.

Dapur lengkap dengan alatan memasak.

Tapi kali ni kami order catering saja.

Dan ada buat BBQ di luar villa.

Ada tempat khas berBBQ tepi tasik buatan. Boleh memancing( bawa sendiri) dan boleh kayak.(kami tak guna).

Boleh jugak buat unggun api tapi kena bagitau dulu.

Ada bibik dan suaminya tukang kebun jaga kat rumah tu. Hari2 dia boleh datang kemas bilik. (kena bagitau owner)

Ada mesin basuh, boleh basuh kain dan jemur sendiri ๐Ÿ˜Š

Kat sini tak ada pool, taip betul2 tepi sungai. Cuma kali ni sungai keruh dan sedikit kotor akibat banjir baru2 ni.

Ada banyak pokok buah2an kat sini termasuk durian, manggis, pulasan dan macam2. Tp masa kami datang blm ada musim. Bibik cakap bulan 10 biasanya baru ada. Boleh makan puas2 dan boleh tapau. (minta izin)

Keliling villa ni tak ada apa2, memang betul2 tempat untuk berehat.

Boleh bawa siap2 reket badminton atau apa2 yang boleh buat aktiviti untuk anak2.

Bibik dan tukang kebun tinggal di rumah hujung villa ni.

Dorang ada bela ayam cantik2, bolehlah pergi tengok, tapi apa2 pun minta izin dulu ye.

Bibik tu ada amik upah mengurut untuk perempuan. Jika berminat boleh set masa dengan dia.

Penulis: Alya Aisyah
Sumber:ย Group Hotel Review Malaysia