Search
Search
Review Homestay | Luqman Homestay

Review Homestay | Luqman Homestay

REVIEW LUQMAN HOMESTAY

Family day di Luqman Homestay Kuala Terengganu With Private Pool

Tarikh: 28 Feb 2022 hingga 2 Mac 2022

Jenis penginapan: Homestay

Harga: RM1450 untuk 2 malam & 2 unit homestay

Deposit: RM100 untuk 1 unit & RM100 deposit security. Total RM400 deposit untuk 2 unit

Kami booked kedua-dua unit yang ada untuk muatkan 5 keluarga seramai 22 orang. Alhamdullillah homestay yang sangat bersih, kemas, kolam luas. Masa kami pergi ada 1 kolam jer. Kolam di unit 2 masih dalam proses pembinaan, owner buat kolam intex di unit 2. Rumah owner sebelah homestay je so sangat mudah untuk berkomunikasi.

Setiap unit, ada 3 bilik, aircond di bilik & diruang tamu. Ada bilik yang tiada aircond tapi tak ingat bilik mana. Semua bilik dilengkapi toilet & ada toilet berasingan.

Owner sangat baik & mudah berurusan dengan beliau. Gambar yang ada trademark adalah dari owner sebab kami datang ramai kanak2 semua busy nak mandi jer so tak sempat ambil gambar dalam homestay.

Homestay ni berada di Kuala Terengganu. Masa kami pergi, musim banjir tapi alhamdullillah kawasan homestay tak terjejas. Mudah nak cari sebab owner siap2 send location beserta tempat2 makanan yang famous & sedap di KT.

Basic amenities seperti barang2 untuk memasak, mesin basuh semua ada. Owner juga ada sediakan maggi, jajan2 dan lain2 makanan yang mudah. Boleh bayar dalam tabung yang disediakan.

Yang best ada tempat untuk bbq. Owner juga ada sediakan arang (berbayar) atau customer boleh sediakan sendiri. Homestay dekat dengan supermarket, so senang nak sediakan barang. Kedai2 runcit pun banyak siap boleh beli kambing perap dekat kedai runcit.

Tempat parking luas. Park betul2 depan homestay & ada kawasan parking area pool unit 1.

Overall memang berpuas hati dengan homestay ni lagi2 yang ada kanak2 & baby. Mudah nak uruskan hiburan & makanan dorang. Cuma tekanan air sedikit slow bila menjelang maghrib which ni pun owner dah siap2 bagitau.

Kalau ada yang berminat datang ke terengganu, bolehlah cuba ke homestay ni. Sangat recommended.

P/s: Masa balik, ada kayu langsir yang tertanggal, owner maklumkan dan cuma tolak duit deposit sekuriti sahaja. Baki owner transfer selepas check out & selepas owner check unit2 yang kita inap.

Penulis: Azryn Aziz
Sumber: Group Hotel Review Malaysia