Search
Search
Review Homestay | Villa Sajuri

Review Homestay | Villa Sajuri

REVIEW VILLA SAJURI, KUALA SELANGOR

17hb-18hb Jan 2022

Family gathering~ trip bawa emak saya seorang warga emas. Percutian kali ni focus untuk santai2 berkumpul sambil ada activiti di homestay saja. Alhamdulillah bertemu dgn villa yang cantik dihiasi dekorasi ala Morocco dgn kelengkapan untuk aktiviti indoor & outdoor. Sangat kreatif & menarik! Sesuai pada yang suka ootd kerana banyak spot menarik di setiap penjuru homestay 🤩

Harga : ⭐️⭐️⭐️⭐️⭐️

RM1480 (1 malam) plus sekuriti deposit RM500 (akan di refund dalam tempoh beberapa hari selepas check out jika tiada sebarang kerosakan)

Sangat berbaloi dengan pengalaman yang kami dapat!

Check in: ⭐️⭐️⭐️⭐️⭐️

Check in pukul 3pm. Proses check in sangat mudah kerana staf bertugas dah berada di sekitar villa. Just inform dan staf akan pas kunci villa.

Bilik : ⭐️⭐️⭐️⭐️⭐️

Alhamdulillah. Terdapat 3 bilik (semua sama saiz) dilengkapi 1 katil queen & 1 sofa bed. Dan 1 dorm dilengkapi 7 bed & 1 sofa bed. Kesemua bilik dan dorm ada bilik air.

Setiap bilik & dorm bersih dilengkapi aircond.

Kemudahan solat seperti sejadah & penanda arah kiblat juga disediakan. Ada tub mandi juga disetiap bilik air. Kebersihan toilet boleh dipuji. Serba serbi selesa.

Swimming pool: ⭐️⭐️⭐️⭐️⭐️

Ada swimming pool depan terrace villa je (boleh tengok vid & pic)

-Berdepan je dengan semua bilik dan dorm. Sangat privacy walaupun open space & sky!

-Ada bahagian for kids & adult. Kedalaman air pun sesuai semua level umur.

Karaoke sistem: ⭐️⭐️⭐️⭐️⭐️

-Ada area khas for karaoke dekat living room. Selesa sangat sebab disediakan corner tersusun kusyen ala arabic style. Sangat santai!

-Kami ada technical isu masa nak ON karaoke awal2. Tapi solve in a minute. Just call the staf mereka bantu apa yang patut.

-Karaoke sistem maybe boleh upgrade supaya lebih ‘friendly user’ supaya mudah nak faham untuk ON😁

-pst: boleh youtube juga!

Kelengkapan memasak & bbq: ⭐️⭐️⭐️⭐️⭐️

-Ada dry & wet kichen. Wet kitchen lengkap dapur elektrik & coway water filter!

-Dry kitchen lengkap fridge, rice cooker, microwave, pinggan mangkuk, island

-Dining area lengkap table for 15-20 pax with decoration ala morocco. Suasana makan sambil melihat landskap luar yg cantik sbb view pool and villa terrace😍

-Bbq lengkap. Just kena bawa arang & fire starter ( admin inform upon booking via whatsapp dah)

Parking: ⭐️⭐️⭐️⭐️⭐️

Open space parking sebelah villa saja. Parking unlimited. Bebas parking di mana saja. Kami sekeluarga park berderet je sepanjang tepi villa.

Check out : ⭐️⭐️⭐️⭐️⭐️

Check out mudah sangat sebab staf villa berada di area villa juga. Just jumpa dan serah kunci. Tak sampai seminit. Hehe

Alhamdulillah short stay, tapi memang sangat puas hati. Warga emas dapat rehat, santai sambil menikmati suasana homestay yang cantik dan selesa. Anak2 bujang kami dapat bermain pool (snooker), golf, karaoke dan swim jugak. Anak2 kecil enjoy mandi manda2 pool, karaoke dan bermain sukaneka (outdoor)

.

Boleh contact admin : 019-3343686 (Cik Hanis) for booking

Follow Facebook: https://www.facebook.com/villasajuri/

Follow IG : https://instagram.com/villasajuri?utm_medium=copy_link

Penulis: Shareena Sharif
Sumber: Group Hotel Review Malaysia